Aktiviti

PROGRAM CABARAN PANDU PUTERI TUNAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

4 Nov 2016 - Bertempat di IKTPD, lawatan dari Pandu Puteri Tunas Peringkat Kebangsaan 2016 turut menyertai Program Interaktif Kraf yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Interaktif kraf yang dijalankan adalah Mewarna Batik Dan Membuat Gelang Tangan.

Selain itu, Jualan Produk Kraf dan Masakan Tradisonal juga turut diadakan di dalam program ini. 

KDYTM Tengku Puan Pahang juga turut sama mencemar duli menghadiri program ini.











KDYTM TENGKU PUAN PAHANG BERSAMA MEDIA

1-3 Jun 2016 - KDYTM Tengku Puan Pahang telah berkenan mengadakan dan mengikuti media bagi membuat liputan berkaitan Tenun pahang Diraja. 

Liputan media ini merangkumi semua Pengusaha Tenun Pahang Diraja dan IKTPD. Liputan ini bertujuan memperkenalkan Tenun Pahang Diraja dalam media Malaysia.





PROGRAM JEJAK WARISAN (KEM TENUN) BERSAMA SEK.KEB. KEMPADANG, KUANTAN DI IKTPD TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM

6 - 8 Nov 2015 - Program Jejak Warisan ( Kem Tenun ) telah diadakan di IKTPD dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kempadang, Kuantan. Program ini telah berlangsung selama 3 hari bertempat di IKTPD.

Program ini bertujuan mengajar dan memupuk minat pelajar sekolah rendah terhadap Tenun Pahang Diraja. Pelajar dari darjah enam SK Kempadang seramai 15 orang telah terpilih untuk mengikuti program ini.

Di dalam program ini, para pelajar telah diajar teknik menenun oleh Tenaga Pengajar dari IKTPD. Para pelajar telah berjaya menyiapkan projek mereka sepanjang program ini.

Para pelajar juga turut dibawa melawat ke Bengkel Usahawan yang berdekatan bagi mendedahkan pelajar kepada Perusahaan Tenun pahang Diraja.















KEBERANGKATAN KDYTM TENGKU PUAN PAHANG BERSAMA TETAMU VVIP DARI INDONESIA KE IKTPD TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM

30 Sept 2015 - KDYTM Tengku Puan Pahang telah mencemar duli ke IKTPD bersama Tetamu VVIP dari Negara Indonesia. Lawatan ini bertujuan memperkenalkan Tenun Pahang DiRaja kepada tetamu Tuanku. Tetamu VVIP dari Indonesia ini antaranya adalah Didiet Maulana & Makki (Ungu Band).








LAWATAN & LATIHAN TENUN TEKNIK THAI DI CHIANG MAI

8 - 14 Jun 2015 - Pn. Fadlina seorang Tenaga Pengajar di IKTPD telah terpilih untuk mengikuti Lawatan & Latihan Tenun Teknik Thai yang telah diadakan di Northern Thai Weaving Institute di Chiang Mai, Thailand. Lawatan ini juga tutut disertai oleh Pengusaha Tenun Pahang DiRaja dan Jabatan Penjara Malaysia.

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari Tenunan Tradisional Thailand dan memasukkan teknik ini ke dalam Tenun Pahang DiRaja. Lawatan ini telah dianjurkan dan ditaja oleh KDYTM Tengku Puan Pahang sendiri.










Penilaian Akhir Pelajar Semester1, 2 & 3 sesi Jan 2015

PEKAN - Pada 22 Mei 2015, Penilaian Akhir bagi pelajar - pelajar semester 2 & 3 bagi sesi Jan 2015 telah diadakan di IKTPD. Para pelajar telah berjaya menyiapkan projek - projek mengikut modul pembelajaran mereka. 


Penilaian akhir ini memberi peluang kepada pelajar mempamerkan hasil produk tenunan mereka sendiri mengikut cita rasa mereka dengan dibantu oleh Tenaga Pengajar mereka.







Hasil produk para pelajar dinilai oleh Pengurus IKTPD bersama Tenaga Pengajar mereka untuk mendapatkan markah dan gred pelajar bagi semester tersebut.






Penilaian markah antaranya berdasarkan kepada kekemasan produk, persembahan pelajar dan sebagainya. 








KEBERANGKATAN KDYTM TENGKU PUAN PAHANG BERSAMA TETAMU DARI NEGARA THAILAND

13 Mei 2015 - KDYTM Tengku Puan Pahang telah mencemar duli berangkat ke IKTPD bersama Tetamu Tuanku dari Thailand bagi memperkenalkan kain Tenun Pahang DiRaja.








LAWATAN PELUKIS KHAT DARI KEDAH

16 April 2015 - En. Hafizan seorang pelukis tulisan khat dari Tualang, Pokok Sena, Kedah telah mengunjungi IKTPD bagi menjunjung titah KDYTM Tengku Puan Pahang untuk mengamati dan melihat sendiri kehalusan seni Tenunan Pahang DiRaja dari Negeri Pahang. Lawatan ini juga bertujuan supaya beliau dapat memperkembangkan idea khat beliau ke dalam  Tenun Pahang DiRaja.














LAWATAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA, KELANTAN

15 April 2015 - 15 orang pelajar bersama Pensyarah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kelantan telah datang melawat ke IKTPD. 









LAWATAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BERSAMA PELATIH TRANSIT DARI INDONESIA

10 April 2015 - UMP telah membawa bersama pelajar transit dari Indonesia untuk melawat ke IKTPD seramai 35 orang. Lawatan ini bagi memperkenalkan kain Tenun Pahang DiRaja kepada pelajar Indonesia.









LAWATAN UNIT KUMPULAN INOVATIF KREATIF (KIK) PENJARA BENTONG 

9 April 2015, seramai 5 orang anggota kerja Unit KIK dari Penjara Bentong telah datang ke IKTPD untuk melawat sambil mencari idea bagi melaksanakan KIK di Penjara Bentong. Lawatan ini diketuai oleh Tuan Shamsul dari Penjara Bentong.





LAWATAN SMK CHINI TIMUR, PEKAN


Pada 31 Mac 2015, IKTPD telah menerima lawatan daripada SMK Chini Timur seramai 40 orang pelajar. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Tenun Pahang DiRaja.






MAKMAL WEAVING ART BERSAMA KDYTM TENGKU PUAN PAHANG & DATIN SHARIFAH KIRANA

5 Mac 2015 satu lagi aktiviti weaving art dijalankan di IKTPD. Kali ini weaving art ini melibatkan pereka fesyen terkenal tanah air Datin Sharifah Kirana bersama KDYTM Tengku Puan Pahang.








MAKMAL WEAVING ART VOLUNTORISM PELUKIS DAN PENENUN BERSAMA KDYTM TENGKU PUAN PAHANG

Bermula 30 Jan sehingga 1 Feb 2015 Makmal Weaving Art Voluntorism Pelukis Dan Penenun Bersama KDYTM Tengku Puan Pahang telah diadakan di IKTPD.

Makmal ini telah disertai oleh pelukis - pelukis terkenal di Negeri Pahang bersama penenun - penenun Tenun Pahang DiRaja. KDYTM Tengku Puan Pahang turut berkenan mencemar duli menyertai makmal ini dan menghasilkan weaving art Tuanku sendiri.





















Makmal Costing Tenun Pahang DiRaja di IKTPD Tengku Ampuan Besar Meriam 

Pada 20 Nov 2014 bertempat di IKTPD telah berlangsung Makmal Costing Tenun Pahang DiRaja bertujuan untuk membuat pendedahan kepada Usahawan Tenun Pahang DiRaja mengenai kosting bagi kain Tenun Pahang DiRaja.

Penceramah bagi makmal ini adalah Puan Siti Hajar iaitu Akauntan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Makmal ini telah disertai oleh pengusaha - pengusaha Tenun Pahang DiRaja.








Tetamu Diraja Dari Denmark : Her Royal Highness Princess Benedikte Berkunjung Ke IKTPD

Her Royal Highness Princess Benedikte Astrid Ingebord Ingrid, Princess of Sayn-Wittgenstein-Berleburg ( Princess of Denmark ) telah berkunjung di IKTPD pada 15 Jan 2014. Ketibaan HRH Princess Benedikte telah disambut oleh YH. Dato' Haji Mohd Zubair Mohd Zain ( Pengarah PKKM Caw. Pahang ) bersama wakil - wakil Kerajaan Negeri Pahang yang lain. HRH Princess Benedikte dijadualkan tiba diiringi KDYTM Tengku Puan Pahang, namun dukacita Tuanku Puan Pahang tidak dapat berangkat bersama kerana kesihatan Tuanku yang tidak mengizinkan.

Ketibaan HRH Princess Benedikte

Kenderaan Rasmi DiRaja Negeri Pahang

HRH Princess Benedikte Lukisan Asas Pelatih Sem 1 IKTPD

Hasil Projek Pelatih IKTPD

HRH Princess Meneliti Hasil Pelatih IKTPD

HRH Princess Menandatangani Buku Pelawat Galeri IKTPD

Edukraf Tapestry

Edukraf Anyaman Mengkuang

Jualan Produk Kraf Anyaman Mengkuang

HRH Princess Benedikte Berkenan Mencuba Mewarna Batik

Edukraf Batik

HRH Princess Benedikte Bersama Pelatih IKTPD

Proses Menghubung

Teknik Sapuan

Hasil Latihan Pelatih IKTPD

HRH Princess Benedikte Bersama YH Dato' Pengarah Bersama Pengurus Dan Tenaga Pengajar Beserta Pereka PKKM Kuantan

Usahawan Kraf Tenun Pahang : Legar Warisan Enterprise

HRH Princess Benedikte Melihat Kain Tenun Pahang DiRaja

Jualan Usahawan Kraf Tenun Pahang : Perniagaan Sutera Pulau Keladi



AdiGuru Tenun Pahang Pn. Nortipah Sedang Menenun

HRH Princess Benedikte Bersama Pasukan Pandu Puteri 

Keberangkatan KDYTM Tengku Puan Pahang ke IKTPD

12 Sept 2013 - Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang diiringi oleh YH Dato' Haji Mohd Zubair Mohd Zain telah mengunjungi IKTPD bagi meninjau dan memantau perkembangan pelatih dan peserta inkubator di sini.

KDYTM Tengku Puan Pahang telah beramah mesra dan meneliti hasil tenunan pelatih di sini disamping menegur Tenaga Pengajar agar lebih bersungguh - sungguh mendidik pelatih untuk menghasilkan kain tenun yang berkualiti dan bermutu tinggi.



Disamping itu, KDYTM Tengku Puan Pahang juga telah berbincang bersama YH Dato' Haji Mohd Zubair Mohd Zain dan En. Fairuz Hafiezal Rosli bersama Peserta Inkubator bagi menubuhkan syarikat tenun milik Tuanku yang akan diberi nama Che Minah Sayang. Perkara ini menimbulkan rasa bersyukur dan gembira kepada Peserta Inkubator yang selama ini menanti keputusan berkaitan perkara ini dari Tuanku sendiri.





LAWATAN DARI YAYASAN PEMBANGUNAN TERENGGANU & POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN PAHANG KE IKTPD, PEKAN






Pendidikan Kraf (Asas Sulaman Manik) Di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Pada 6 Julai 2013






Selamat Datang Pelajar-Pelajar Baru Sessi Julai 2013 Di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi Pekan






LAWATAN SK TERUNTUM, KUANTAN KE IKTPD PADA 21 MEI 2013




KEBERANGKATAN KDYTM TUANKU PUAN PAHANG KE IKTPD, PEKAN PAHANG BERSAMA PERSATUAN PEMBANGUNAN WANITA KOREA PADA 17 MEI 2013





LAWATAN SMK PAYA BESAR, KUANTAN DI IKTPD PADA 20 MAC 2013




PEMILIHAN PRODUK PELAJAR OLEH PEREKA FESYEN TERSOHOR TANAH AIR PADA 13 MAC 2013 DI IKTPD, PEKAN 




PENDIDIKAN KRAF (Tapestry art) BERSAMA SMK UBAI DI INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA PADA 5 MAC 2013






EDUKRAF (TAPESTRY) SMK PEKAN DI INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA, PEKAN PADA 21 FEB. 2013










KEBERANGKATAN KDYTM TUANKU PUAN PAHANG KE IKTPD,PEKAN PADA 5 FEBRUARI 2013








BENGKEL EDUKRAF(TAPESTRY) DI INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA BERSAMA SMK PALOH HINAI PADA 5 FEBRUARI 2013








PROGRAM MY BEAUTIFUL MALAYSIA PADA 3 FEB. 2013 DI TELUK CEMPEDAK, KUANTAN










BENGKEL EDUKRAF (TAPESTRY) DI INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA PADA 29 JANUARI 2013 BERSAMA SMK INDERASHAHBANDAR, KUALA PAHANG



LAWATAN KE INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA PADA 22 JANUARI 2013




PELAJAR BARU SESI JANUARI 2013 (INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA)




MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA PADA 11 DISEMBER 2012



Pada 11 Disember 2012 yang lalu bertempat di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi telah diadakan mesyuarat Pembangunan Tenun Pahang Diraja yang telah dipengerusikan oleh KDYTM Tuanku Puan Pahang Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ketibaan KDYTM Tuanku Puan Pahang pada jam 10.10 pagi dan Tuanku berkenan untuk melawat persekitaran IKTPD dan melihat kerja-kerja akhir pelajar-pelajar IKTPD semester empat serta peserta-peserta LJP tenunan. Mesyuarat bermula jam 10.50 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.





KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU PUAN PAHANG KE INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA

Salam 1Malaysia,

      Pada 17 Oktober 2012 yang lalu, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja telah dikunjungi oleh
Keduli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bt
Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang telah mencemar duli melawat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja.
      Baginda telah melawat kawasan sekitar IKTPD termasuk penenun-penenun PKKM Cawanagan Pahang yang berpremis disekitar IKTPD. Disamping itu juga Baginda berkenan untuk melawat pelatih-pelatih IKTPD untuk melihat sendiri projek tenunan yang sedang dihasilkan oleh pelatih-pelatih. Baginda amat tertarik dengan hasil projek yang dibuat oleh pelatih-pelatih tersebut. Baginda juga menitahkan agar hasil-hasil projek pelatih-pelatih tersebut diperagakan (fashion show) pada majlis konvokesyen yang akan datang.
       Baginda juga telah melawat peserta-peserta LJP mengkuang yang sedang berjalan dan beramah mesra dengan peserta-peserta tersebut. Keberangkatan pulang Keduli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang pada jam 4.40 petang.


LAWATAN DARIPADA JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN & PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK CHERAS.

Salam 1Malaysia,

   Pada 26 September 2012 yang lalu, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja menerima lawatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan seramai 43 orang. Lawatan ini bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 1 tengahari. Lawatan ini serba sedikit dapat memberi input mengenai IKTPD serta Tenun Pahang Diraja.
    Pada sebelah petangnya, pada pukul 2.30 petang kita juga menerima lawatan daripada Pegawai-pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Pekan serta Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Cheras seramai 25 orang. Lawatan ini telah melibatkan semua anggota kerja IKTPD untuk menjayakan lawatan pada hari tersebut. 
     Dengan adanya lawatan sebegini, informasi mengenai IKTPD serta Tenun Pahang Diraja dapat diwacanakan kepada masyarakat sekaligus dapat menjayakan peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bagi memajukan industri kraf negara. Lawatan berakhir pada jam 4.30 petang.



Latihan Jangka Pendek Tenun Pahang

Salam 1Malaysi

Pada 2 Julai 2012 yang lalu, Unit Pembangunan Usahawan PKKM Pahang telah menjalankan Latihan Jangka Pendek (LJP) Tenun Pahang bertempat di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja, Pulau Keladi ,Pekan Pahang. Tempoh latihan ini adalah selama enam bulan.

Tujuan latihan ini adalah untuk menyediakan tenaga kerja didalam industri seni kraf tenun pahang diraja. Disamping itu juga pelatih akan diberi kefahaman mengenai perkembangan seni tenun serta dapat menghasilkan produk tenun pahang diraja.

Peserta adalah terdiri daripada anak-anak tempatan yang berasal dari Chini, Kampung Medang, Kampung peramu sekitar daerah Pekan. Tenaga pengajar IKTPD yang membimbing pelatih-pelatih LJP ini adalah Cik Fazirahani dan Puan Fadlina.

Majlis pembukaan Latihan Jangka Pendek ini telah disempurnakan oleh YH Dato'Hj Mohd Zubair bin Mohd Zain dan juga dihadiri oleh En.Faizul selaku Ketua Unit Pembangunan Usahawan PKKM Cawangan Pahang.

PELAJAR-PELAJAR IKTPD MENJALANI LATIHAN INDUSTRI (LI)

Salam 1Malaysia,

Pada 4 Jun 2012 yang lalu, pelajar-pelajar IKTPD seramai lapan orang telah menjalani Latihan Industri (LI) selama 4 minggu. Latihan Industri ini diberikan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kepada sistem pengeluaran produk sebenar dan tatacara bagi bekerja, menyelia dan mengawal sesebuah bengkel perniagaan.


Pelajar-pelajar ini telah dihantar ke pengusaha-pengusaha tenun pahang yang berada di sekitar Kampung Pulau Keladi seperti di Ayunan Emas Enterprise, Perniagaan Sutera Pulau Keladi, Wan Hasna Enterprise dan dua orang pelajar di Pusat Pengembangan Tenun Pahang Diraja, Kg. Soi, Kuantan. Latihan ini sedikit sebanyak memberi pendedahan sebenar kepada pelajar-pelajar di dalam industri Tenun Pahang Diraja mengenai selok belok perniagaan, motif-motif yang digunakan, trend warna masakini dan lain-lain lagi. Latihan Industri ini telah dipantau oleh Puan Siti Hajar dan Puan Fadlina serta latihan berakhir pada 30 Jun 2012 yang lalu.  

 

 

 MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TENUN PAHANG DIRAJA

Salam 1Malaysia

Pada 12 Mei 2012 (Sabtu) telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja bertempat di bilik mesyuarat Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja,Kompleks Budaya Pulau Keladi,Pekan yang bermula pada jam 10 pagi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj. Selain daripada itu mesyuarat juga dihadiri Oleh Ketua Pengarah PKKM,Pengarah PKKM Caw. Pahang, Pengarah IKN dan tetamu yang lain. KDYTM juga mencemar duli dengan melawati Kawasan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) serta beramah mesra dengan kakitangan dan juga para pelajar.Majlis bersurai pada jam 2.30 petang.

 

 

Keratan Akhbar Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja Pulau Keladi, Pekan 

 

AKTIVITI GOTONG-ROYONG IKTPD

Salam 1Malaysia,

   Pada 4 Mei 2012 iaitu pada hari Jumaat, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan IKTPD. Aktiviti ini diketuai oleh Puan Siti Hajar dan dibantu oleh Puan Fadlina serta Cik Fazirahani. Aktiviti ini disertai oleh semua pelajar semester tiga (03) dan semester empat(04). Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan IKTPD serta dapat merapatkan seluruh warga kerja IKTPD bersama-sama dengan pelajar-pelajar agar dapat melahirkan insan yang berkerjasama diantara satu sama lain. Gotong-royong ini bermula pada jam 8.20 pagi dan berakhir 12.00 tengahari.






Salam 1Malaysia,

Pada 21 & 22 April 2012 Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja mengikuti Karnival Youth Of Pekan (Yo! Pekan) yang diadakan di Dun Pulau Manis bertempat di dewan serbaguna RPSB Batu 8, Lepar.
  
Pameran IKTPD ini adalah untuk mempromosikan IKTPD kepada belia-belia serta beliawanis untuk mengikuti kursus yang ditawarkan. Selain daripada itu ia dapat memberi input-input mengenai misi serta visi IKTPD kepada masyarakat setempat. Dengan adanya karnival serbegini IKTPD dapat mencari pelatih-pelatih baru untuk mengikuti Sijil Seni Kraf Tenun Pahang Diraja sesi Julai 2012.

No comments:

Post a Comment